24 May 2011

setelah 2 tahun .

" i masih sayangkan you , fatini ."

lidah aku kelu . dua tahun . aku tak jangka dia akan cakap macam tu setelah 2 tahun . selama 2 tahun ni , aku bina kekuatan dalam diri aku . aku rasa hati aku dah cukup dan terlalu kuat . aku sudah belajar hidup tanpa dia .  tapi semalam semua kekuatan yang aku bina musnah . dan dia penyebabnya .

ah , aku rasa dia main-main . aku tatap mata dia . dan aku tahu dia tak main-main . dia tak pernah jauh walaupun kami berpisah . kami kawan . tapi semalam dia bagaikan kembali menjadi lelaki dua tahun lalu . dia kembali dan mengharapkan aku !

aku tak tahu kenapa dia masih mengharap . aku tak layak untuk dia . aku yang musnahkan hubungan kami . aku tak layak terima maaf dari dia . dan sebaliknya , dia masih sayangkan aku . ah , ramai yang mengharap pada dia . ramai yang terkejar-kejar dia . mendapat tempat dalam hati dia bagaikan satu keajaiban dan tuah pada mereka . tapi kenapa aku jugak yang dipilih ?

aku takut . dua tahun , tempat dia dalam hati aku kosong , tiada pengganti . aku tak tahu kenapa . aku tak boleh terima yang lain . hati aku , berbolak-balik .

dan akhirnya aku tinggalkan dia tanpa kata . tanpa keputusan . aku terkejut . dan aku harap , esok bila aku bangun , hati aku dah kembali kuat . beri aku masa untuk fikir .

jerawat menjadi penjajah di kulit muka apabila stress dan puncanya ialah exam . haru !

THANKS FOR READING BUT COMMENTS ARE NOT ALLOWED . :]

18 May 2011

formspring beracun .

hebatnya manusia zaman sekarang . suka memandang keburukan orang tanpa memikirkan keburukan sendiri . aku manusia biasa . kesabaran aku juga ada had . puas aku fikir ape kesalahan aku dengan haters sekalian . jawapannya tetap sama , kosong !

macam-macam kerenah haters ni kan ? lepas tumblr , facebook . sekarang dua-dua dah takde . jadi mereka serang aku kat formspring pulak . alahai .. jadi macam formspring beracun lah pulak kan ?


dia buat dua post sebab limit 255 characters je .
wuwuwu ! nah , ini dia cik anon /anonymous/ kita ! tepuk tangan , tepuk tangan cepat ! asal nak sound orang je jadi anon . kenapa tak tunjuk siapa diri kau wahai cik anon ? eh , kejap cik anon . kau harus bangga sebab aku letak post kau kat blog aku . kasi up sikit kau punya post , iye tak ?

oh cik anon . ingin aku katakan , kasarnya bahasa kau . jangan dipandang rendah maruah orang lain . jangan dijaga tepi kain orang . kalau meluat , jangan tengok .

aku bersyukur sebab ramai follow aku kat blog . tak , aku tak perasan femes . kenapa kau suka buat andaian yang tak betul cik anon ? ingat , kau jugak perempuan , aku tahu . setiap perkataan yang kita lontarkan pada orang lain , mungkin akan terjadi pada kita . siapa tahu kan ? kau tak payah nak pandai-pandai cakap pasal hubungan kami . kau tak tahu apa-apa . jangan suka fitnah orang .

                                      "nur fatini sombong"

tak , aku bukan sombong . kenapa aku nak sombong sedangkan aku bukanlah britney spears mahupun lady gaga . aku bukan sesiapa . aku hanya rasa aku perlu bercakap dengan orang yang aku kenal . bukan bererti aku tidak perlu bercakap dengan orang yang aku tak kenal . tapi mesti kekok kan kalau tibatiba pergi sapa or bercakap dengan orang yang kita tak kenal ?

aku tak pernah fikirkan soal darjat . ada kau tengok kawan-kawan aku semuanya anak tan sri atau anak dato' ? tak kan ? aku berkawan dengan sesiapa sahaja walau dia anak tukang kutip sampah sekalipun . aku tak kisah . yang penting dia sayang aku , aku sayang dia . jadi itu dinamakan berkawan .

kata orang , haters sebenarnya sayangkan kita sebab mereka suka buang masa untuk mencari setiap kesalahan yang kita buat . terima kasih haters . =)

THANKS FOR READING BUT COMMENTS ARE NOT ALLOWED . :]

15 May 2011

dia skodeng aku !

assalamualaikum ,

wuwuwu .. aku di-skodeng ! walaweh ! hang sabo , sabo . cik nur fatini kesayangan hangpa sume neh bukan di-skodeng ketika mandi . tidakk . bukan cik nur fatini yang di-skodeng tapi blog cik fatini yang di-skodeng oleh ZA . hang kenal ? tak kenal ? nah , HA . tak kenal lagi ? suka hati luuu lah .

sekitar jam 10 pagi . waktu rehat sekolah . aku berjalan tanpa arah tujuan . tiba-tiba , aku dengar bunyi kereta . milik dia . hati sudah berdebar . dia keluar dari kereta . memakai t-shirt polo putih . ingin lari tapi tak sempat . dia berjalan , menghampiri aku sambil tersenyum , kacak tiada bandingan . "cantik blog ." ayat pertama yang keluar dari mulut dia . mata sudah membulat , hati kian berdebar .





hai HA . saia sapa awak dalam blog saia . wah , saia tak sangka awak baca blog saia .sejak bila awak suka baca blog ? LOL .

p/s : jangan terasa kalau aku tak kata kau .

THANKS FOR READING BUT COMMENTS ARE NOT ALLOWED . :]

09 May 2011

kejamnya mereka !

assalamualaikum ,
tadi aku skodeng belog maria elena . aku baca belog dia lima minit lepas tuh aku nangis ( tak boleh blah .). kenapa , kenapa , kenapa ?
okeh , video ni la penyebab air mata aku yang tak berapa senang nak keluar neh mencurah-curah macam hujan . ya Allah , kejamnya mereka . takde hati , takde perasaan ke ? kesian gila kat girl tuh . helpless .geram je aku nak cekik-cekik geng bebudak gila babeng toh . perangai mengalahkan binatang . i hope those behind the incident will face action . kena hukuman gantung sampai mati pon lagi bagos . LOL . '=.=


THANKS FOR READING BUT COMMENTS ARE NOT ALLOWED . :]

07 May 2011

jom berjiwang-jiwang !

 right now , at this very moment , i've realized something . i need HIM , i trust HIM , i admire HIM , i want HIM .  we can fight and be mad at each other but nothing can change the fact that i love HIM . ;)

p/s : eh , aq jiwang tipu-tipu je lah . kesian kat blog ni je . ta ter-update . HAHA . =P
THANKS FOR READING BUT COMMENTS ARE NOT ALLOWED . :]

 
BLOG INI HAK MILIK NUR FATINI